share_log

JUALAN KUKUH SUKU KEEMPAT BANTU TOP GLOVE KURANGKAN KERUGIAN

JUALAN KUKUH SUKU KEEMPAT BANTU TOP GLOVE KURANGKAN KERUGIAN

强劲的销售帮助顶级手套减少了损失
顶级手套 ·  10/10 12:10

KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) mencatat pertumbuhan jumlah jualan paling kukuh pada suku keempat tahun kewangan 2024, prestasi terbaiknya sejak kemuncak pandemik pada 2021.

吉隆坡:顶级手套公司(顶级手套)在2024财年第四季度实现了最强劲的销售增长,这是自2021年疫情高峰以来的最佳业绩。

Pengeluar sarung tangan getah itu merekodkan pendapatan jualan sebanyak RM835 juta pada suku berkenaan, peningkatan sebanyak 75 peratus berbanding suku yang sama 2023, sekali gus turut mengekalkan trajektori ke arah keuntungan.

顶级手套公司在该季度录得了8.35亿令吉的销售收入,相比2023年同期增长75%,同时也保持了朝着利润的轨迹。

Bagi suku keempat tahun kewangan 2024, Top Glove menunjukkan prestasi kukuh walaupun berdepan cabaran berterusan dalam persekitaran perniagaan apabila merekodkan keuntungan selepas cukai RM8 juta, peningkatan ketara sebanyak 102 peratus tahun ke tahun, disokong oleh peningkatan kecekapan operasi serta keuntungan daripada penjualan tanah.

顶级手套在2024财年第四季度表现强劲,尽管在商业环境中持续面临挑战,公司录得税后利润800万令吉,同比增长102%,得益于运营效率的提高以及土地销售收入的增加。

Pada suku itu, jumlah jualan juga mencatatkan pertumbuhan luar biasa sebanyak 91 peratus berbanding suku sama tahun kewangan 2023.

在该季度,销售额也以惊人的91%的增长,相比2023财年同期。

Bagi prestasi setahun penuh tahun kewangan 2024, Top Glove mencatatkan pendapatan jualan sebanyak RM2.52 bilion, meningkat 11 peratus berbanding tahun kewangan 2023.

顶级手套在2024财年取得全年的业绩,销售收入达25.2亿令吉,同比增长11%。

Kerugian selepas cukai, yang mengambil kira keuntungan daripada penjualan tanah, turut menurun dengan ketara kepada RM18 juta, peningkatan kukuh sebanyak 98 peratus berbanding tahun kewangan 2023.

考虑到土地销售收入后,税后亏损大幅减少至1800万令吉,相比2023财年增长98%。

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) kumpulan sepanjang tahun berjumlah RM251 juta, berubah menjadi positif dengan peningkatan sebanyak 261 peratus berbanding tahun kewangan 2023.

全年集团除息前利润,税金,减值和偿还(EBITDA)总计为2.51亿令吉,同比增长261%,相比2023财年。

Jumlah jualan turut meningkat sebanyak 19 peratus disokong peningkatan permintaan apabila pelanggan terus mengisi semula inventori sarung tangan, yang membawa kepada kadar penggunaan yang lebih tinggi, selain kos kumpulan yang lebih cekap.

销售额也增长了19%,得益于需求上升,客户继续补充手套库存,导致更高的使用率,以及更高效的集团成本。

Kumpulan menyaksikan pertumbuhan yang sangat kukuh di Amerika Syarikat (AS), apabila jumlah meningkat 120 peratus suku ke suku, didorong oleh bilangan tinggi sarung tangan pengeluar asing yang termasuk dalam senarai amaran import Pentadbir Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS.

顶级手套在美国经历了非常强劲的增长,季度增长率高达120%,受外国手套制造商的数量增加推动,其中一些制造商被列入美国食品药品监管局(FDA)的进口警告名单。

Pengarah Urusan Top Glove, Lim Cheong Guan, berkata dengan pengenaan tarif tinggi yang bakal dilaksanakan oleh AS ke atas sarung tangan perubatan buatan China, kumpulan menjangkakan peningkatan yang lebih besar dalam pertumbuhan jumlah jualan pada suku-suku yang akan datang.

顶级手套的首席执行官林昌源表示,由于美国即将对中国医疗手套征收高关税,该集团预计在未来几个季度的销量增长将更为显著。

"Prestasi kewangan kumpulan telah meningkat dengan ketara sepanjang tahun kewangan 2024, membawa kami lebih dekat kepada titik pulang modal. EBITDA setahun penuh kami adalah positif sementara pertumbuhan jumlah jualan terus mantap.

集团在2024财政年度表现出明显的财务表现改善,使我们更接近盈本点。我们全年的EBITDA为正值,销售量的持续增长也在稳步进行。

"Ini adalah petunjuk yang kukuh terhadap kebangkitan pasaran dan kami berada dalam posisi yang baik untuk meraih gelombang pemulihan.

这是市场复苏的明显迹象,而我们正处于一个良好的位置,可以抓住复苏的浪潮。

"Kemajuan konsisten kami didorong oleh inisiatif penambahbaikan yang berterusan. Dengan sokongan berterusan daripada kakitangan, kami yakin berada di landasan yang tepat menuju keuntungan dan pertumbuhan yang mampan," katanya dalam satu kenyataan.

我们持续稳定的进步是由持续不断的改进举措推动的。在员工的持续支持下,我们相信我们正朝着盈利和可持续增长的正确方向迈进。

Berdasarkan prestasi semasa, Top Glove mencadangkan terbitan bonus sehingga 405,964,951 waran berdasarkan satu waran untuk setiap 20 saham syarikat sedia ada, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) pada Januari 2025.

根据目前的绩效,顶级手套建议根据每20股现有公司股份赠送1份认股权证,总数高达405,964,951份,但需股东于2025年1月的年度股东大会(AGM)中批准。

Waran berkenaan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun dari tarikh terbitan, dan harga pelaksanaan akan diumumkan pada tarikh yang akan datang.

这些认股权证可在发行日起的五年内随时执行,行使价格将在未来确定。

Berita Harian

Berita Harian

Link: https://

Link: https://

声明:本内容仅用作提供资讯及教育之目的,不构成对任何特定投资或投资策略的推荐或认可。 更多信息
    抢沙发