share_log

Berbekalkan Cita-cita, Creators IRL Melancarkan Strategi Rintis Sulung Berpusatkan Tingkah Laku Untuk Memerangi Penipuan Dan Bahaya Dalam Talian

Berbekalkan Cita-cita, Creators IRL Melancarkan Strategi Rintis Sulung Berpusatkan Tingkah Laku Untuk Memerangi Penipuan Dan Bahaya Dalam Talian

以理想爲基礎,現實生活中的創作者啓動了一項基於行爲的旗艦戰略,以打擊網絡欺詐和威脅。
CelcomDigi ·  08/09 00:00

Ogos 8, 2024, Kuala Lumpur — Dalam satu kerjasama awam-swasta yang merentas industri, Kementerian Komunikasi, Meta Platforms, Inc. dan CelcomDigi dengan bangganya mengumumkan pelancaran program rintis, Creators IRL (In Real Life) yang bertujuan untuk menangani isu keselamatan dan penipuan dalam talian. Acara ini menghimpunkan lebih daripada 30 pencipta kandungan berpengaruh di Malaysia bersama pihak berkepentingan industri utama, dan menandakan permulaan usaha bersepadu untuk melengkapkan pencipta kandungan dengan pengetahuan, peralatan dan pengalaman untuk memerangi ancaman dalam talian dan menggalakan keselamatan digital.

2024年8月8日,吉隆坡——在一項跨行業的公私合作中,通訊部、Meta平台公司和CelcomDigi自豪地宣佈推出了實景創作者(Creators IRL)試點計劃,旨在解決在線安全和詐騙問題。此次活動彙集了30多位馬來西亞有影響力的內容創作者和主要產業利益相關者,並標誌着爲使內容創作者掌握應對網絡威脅的知識、工具和經驗而開展全方位努力的開始。

Pelancaran acara ini memberikan gambaran sekilas tentang program felo untuk pencipta kandungan, menampilkan perbincangan panel dinamik dengan pakar yang berpengalaman dari Meta, CelcomDigi, dan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Content Forum). Panel tersebut telah mengupas isu kritikal yang membelenggu dunia digital seperti penipuan dan keselamatan kanak-kanak dalam talian, serta memberikan wawasan dan strategi berharga untuk melindungi pengguna dalam talian. Susulan daripada panel tersebut, para hadirin mengambil bahagian dalam bengkel amali penciptaan kandungan yang dikendalikan oleh REV Media, yang menawarkan panduan praktikal dalam menangani isu keselamatan dalam talian yang serius melalui penciptaan kandungan berimpak secara kreatif untuk menarik minat penonton.

此次活動推介了針對內容創作者的天才計劃,展示了與來自Meta、CelcomDigi和馬來西亞通訊和多媒體內容論壇(Content Forum)的有經驗專家的動態小組討論。小組在分享裏探討了數碼世界中的關鍵問題,如在線詐騙和兒童安全,同時還提供了有價值的見解和策略,用於保護在線用戶。在小組討論後,與會者參加了由REV Media主持的內容創作實踐工作坊,該工作坊通過創造具有影響力的內容來吸引受衆,以實踐方式傳授了解決在線安全嚴重問題的實用指導。

"Bukan sahaja ia penting untuk pencipta kandungan menyedari isu ini, tetapi mereka juga perlu diperkasakan untuk mengambil tindakan yang berkesan. Ketulenan kandungan adalah kunci, terutamanya dengan jenama yang mereka pilih untuk promosikan. Apabila pencipta kandungan benar-benar percaya pada sesuatu jenama, kandungan mereka adalah tulen dan mesej disampaikan dengan berkesan. Matlamat kami adalah untuk melibatkan pencipta kandungan bukan sahaja melalui perkongsian maklumat; tetapi juga untuk memupuk perubahan tingkah laku dan pemerkasaan pencipta kandungan dalam melakukan perubahan sosial," tegas New Su Shern, Pengarah Eksekutif Ratio:Cause, sebuah agensi perubahan sosial yang melaksanakan program ini dan menumpukan kepada perubahan sosial dan tingkah laku melalui solusi yang boleh diskalakan.

"不僅創作者需要意識到這一問題,他們還需要能夠採取有效的行動。內容的純粹就是關鍵,特別是在他們選擇推廣的品牌方面。當創作者真正相信某個品牌時,他們的內容是真實的,並且信息可以有效地傳達。我們的目標是通過共享信息來吸引內容創作者,以促進行爲變革和授權內容創作者進行社會變革," Ratio: Cause執行董事New Su Shern強調。Ratio: Cause是一家推動社會變革的機構,負責執行該計劃,並專注於通過可擴展的解決方案實現社會和行爲變革。

Creators IRL, inisiatif andalan untuk Program Keselamatan Dalam Talian dan Anti Penipuan yang secara menyeluruh, direka untuk membina komuniti pencipta kandungan dinamik yang komited untuk menangani bahaya dalam talian. Inisiatif utama Creators IRL ialah sebuah program felo transformatif selama tiga bulan untuk 10 pencipta kandungan terpilih. Pencipta kandungan akan berpeluang untuk mendalami teknik penciptaan kandungan mutakhir yang menekankan strategi tingkah laku dan keselamatan dalam talian daripada pakar industri terkemuka. Mereka akan memperolehi pandangan praktikal melalui lawatan ke organisasi dan institusi utama yang terlibat dalam sfera digital, menjalin rangkaian dengan pegawai kerajaan, pemimpin korporat, dan rakan pencipta kandungan untuk membina hubungan dan perkongsian yang tidak ternilai.

實景創作者是一項全面的在線安全和反欺詐計劃,旨在構建一個動態的內容創作者社區,致力於應對網絡威脅。實景創作者的主要倡議是一個爲期三個月的創意天才計劃,爲10位優選的內容創作者提供了了解行業領先專家強調的行爲和在線安全策略的機會。他們將通過拜訪參與數字領域的主要機構和機構,與政府官員、企業領袖和其他內容創作者建立關係和夥伴關係,來獲得實踐經驗和網絡。

Selain itu, program ini akan menyediakan geran sokongan berjumlah sebanyak RM80,000.00, yang membolehkan 10 pencipta kandungan terpilih untuk memanfaatkan sumber kewangan demi menghasilkan kandungan berimpak tinggi yang berupaya memacu perubahan terhadap isu keselamatan dalam talian. Program felo yang menyeluruh ini akan memperkasakan pencipta kandungan untuk mengetengahkan daya kreatif mereka dan mencipta kandungan yang bukan sahaja menghiburkan tetapi mempunyai impak yang mendalam demi menggalakkan keselamatan dalam talian.

此外,該計劃還將提供總額達80,000.00令吉的支持撥款,使10名優選內容創作者能夠利用財務資源創造高影響力的內容,並推動針對在線安全問題的變革。這個全面的創意計劃將賦予內容創作者展示他們的創造力並創造不僅有趣而且對在線安全有深刻影響的內容的能力。

"Meta bertekad untuk mewujudkan persekitaran dalam talian yang selamat dan positif. Program Creators IRL mewakili satu langkah penting ke hadapan dalam memperkasakan pencipta kandungan untuk bukan sahaja memahami isu keselamatan dalam talian, tetapi untuk mengambil langkah aktif dan berkesan untuk menanganinya. Kami teruja untuk menyaksikan impak transformatif program ini terhadap komuniti digital kami," ujar Daniel Lim, Ketua Bahagian Dasar Awam di Meta Malaysia.

"Meta致力於打造一個安全和積極的在線環境。實景創作者項目代表了推動內容創作者不僅了解在線安全問題,而且採取積極而有效的措施來解決它。我們很高興看到這個計劃對我們的數字社區產生了變革性的影響,"Meta Malaysia公共政策部門主管Daniel Lim說。

Philip Ling, Ketua Kelestarian di CelcomDigi berkata, "Sebagai sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan kepada lebih 20 juta pelanggan, kami bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan dan kepercayaan pelanggan kami, di samping memupuk persekitaran digital yang lebih selamat untuk rakyat Malaysia. Demi menangani bahaya dan penipuan (scam) dalam talian, misi kami adalah jelas iaitu untuk BERTINDAK atau ACT (Awareness, Compliance, Technology), yakni untuk mewujudkan kesedaran, memacu pematuhan terhadap standard keselamatan yang tinggi di dalam syarikat di samping menyokong agensi penguatkuasa, serta memanfaatkan kemajuan teknologi bagi membina perlindungan terhadap jenayah siber. Kami percaya bahawa tindakan berskala besar melalui usaha kerjasama seperti ini adalah kunci untuk membanteras epidemik sosial ini dan kami akan terus memperjuangkan pendekatan yang melibatkan keseluruhan masyarakat dalam memerangi pelbagai ancaman dalam talian dan scam dengan lebih efektif."

CelcomDigi的可持續主管Philip Ling表示: "作爲向超過2000萬用戶提供服務的公司,我們負責保護客戶的安全和信任,同時也爲馬來西亞的人們提供了更安全的數字環境。爲了應對在線威脅和欺詐行爲,我們的使命很清楚,即實施行動(意識,合規,科技),即促進公司內部規範的高度依從性,支持執法機構,並利用技術進步來打擊網絡犯罪。我們相信,通過此類合作的大規模行動是解決此社會流行病所需的關鍵,我們將繼續奮鬥,採用涉及整個社區的方法來更有效地打擊在線和騙局。

"CMCF percaya bahawa ekosistem kandungan yang selamat dan berdaya maju mampu terhasil daripada kerjasama dan pendekatan semua pihak berkepentingan. Kami sentiasa menyarankan dialog terbuka mengenai isu-isu kritikal kerana ia bukan sahaja memupuk pemahaman dan inovasi tetapi juga berfungsi sebagai pemangkin yang kuat untuk perubahan yang bermakna," ujar Mediha Mahmood, CEO CMCF.

CMCF相信,安全和強大的內容生態系統可以通過所有利益相關者的協作和方法得以實現。我們始終建議以開放的對話方式探討關鍵問題,因爲這不僅有助於增加人們的理解和創新,而且還是一個強而有力的推動力,有助於實現有意義的變革。"CMCF首席執行官Mediha Mahmood說。

Pencipta kandungan yang berhasrat untuk melakukan perubahan dalam dunia digital dialu-alukan untuk merebut peluang ini dan menjadi sebahagian daripada program transformatif Creators IRL. Hantarkan penyertaan anda di onlinesafetyirl.com untuk menjadi penggerak perubahan positif dalam komuniti digital!

有意在數字世界中進行變革的內容創作者歡迎抓住這次機會,成爲實景創作者計劃的一部分。請在onlinesafetyirl.com提交您的申請,成爲數字社區中積極變革的推動者!

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi: Onysha Boak Pegawai Program | Ratio:Cause | +6011-3068 5708

如有媒體查詢,請聯繫:Onysha Boak Program Officer | Ratio:Cause | +6011-3068 5708

Ratio:Cause

Ratio:Cause

Ratio:Cause (disebut sebagai Ratio to Cause) ialah sebuah agensi perubahan sosial yang memberi tumpuan untuk merapatkan jurang yang mewujudkan ketidaksamaan dengan menggunakan perubahan sosial dan tingkah laku untuk membentuk penyelesaian yang boleh diskalakan melalui pembinaan sistem dan polisi yang lebih baik. Kami menggunakan pendekatan berasaskan bukti dan berpaksikan manusia untuk membentuk penyelesaian bersasar yang mempengaruhi pembuat keputusan dan menggerakkan orang ramai untuk bertindak melalui:

Ratio: Cause(簡稱Ratio to Cause)是一個專注於縮小差距、利用社會和行爲變革塑造可擴展解決方案的社會變革機構。我們基於證據並以人爲中心的方法來制定旨在影響決策者並激勵公衆行動的目標導向的解決方案,包括:

  • Program Libat Urus Masyarakat
  • Kempen Perubahan Tingkah Laku
  • Analisis Tingkah Laku dan Kefahaman Strategik
  • Sokongan Keputusan Berasaskan Data
  • 社區參與項目
  • 行爲變革運動
  • 行爲分析和戰略理解
  • 基於數據的決策支持

Kementerian Komunikasi

馬來西亞通訊部

Kementerian Komunikasi Malaysia bertujuan untuk membangunkan masyarakat yang bermaklumat, berhubung, dan berbudaya kreatif. Kementerian ini turut terlibat dengan pihak berkepentingan komunikasi digital seperti pencipta kandungan dan golongan belia. Matlamat Kementerian Komunikasi adalah untuk meningkatkan keselamatan ekosistem digital Malaysia. Usaha ini termasuk meningkatkan keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak, mendidik tentang penipuan dalam talian, dan memerangi ucapan kebencian serta pembulian siber.

馬來西亞通訊部旨在發展一個精明、聯繫和有創意的社區。該部門還與數字通訊利益相關者,如內容創作者和年輕人,合作。通訊部的目標是提高馬來西亞數字生態系統的安全性,包括提高兒童網絡安全性、教育網絡詐騙和打擊仇恨言論和網絡欺凌。

Meta Platforms, Inc.

meta platforms

Meta membangunkan teknologi perhubungan antara insan, menemukan antara komuniti, dan mengembangkan perniagaan. Pada tahun 2004, kehadiran Facebook mengubah cara manusia berhubung. Aplikasi seperti Messenger, Instagram dan WhatsApp memberi daya kepada seluruh penduduk sejagat. Kini, Meta sedang berkembang untuk melangkaui skrin 2D. Ia sedang menghala ke arah pengalaman imersif seperti realiti terimbuh (AR) dan realiti maya (VR) bagi membantu membangunkan evolusi lanjut dalam teknologi sosial.

Meta開發人員正在開發人與人之間的交流技術,發現社區之間的聯繫,發展業務。2004年,Facebook改變了人類交往方式。Messenger、Instagram和WhatsApp等應用程序使全球公民每天與世界打交道。現在,Meta正在擴大到超過2D屏幕。它正在朝着沉浸式體驗,如增強現實(AR)和虛擬現實(VR)的方向發展,以幫助推動社交技術的發展。

CelcomDigi Berhad

CelcomDigi Berhad

CelcomDigi Berhad (dahulunya dikenali sebagai "Digi.com Berhad") merupakan pengendali rangkaian mudah alih yang terbesar di Malaysia dengan lebih 20 juta pengguna dalam rangkaiannya. Ditubuhkan pada 1 Disember 2022, syarikat tersebut menyasarkan untuk memenuhi keperluan digital pelanggannya yang semakin meningkat dengan memanfaatkan gabungan rangkaian terluasnya, titik sentuh pengedaran, rangkaian produk dan perkhidmatan digital yang inovatif serta pengalaman pelanggan yang diupayakan oleh lebih 4,000 pakar industri terkemuka. Syarikat tersebut telah menggariskan aspirasi yang jelas untuk memajukan negara, memberi inspirasi kepada masyarakat Malaysia, dan menjadi peneraju dalam amalan perniagaan yang terangkum dan bertanggungjawab. Untuk maklumat lanjut tentang CelcomDigi, sila layari .

CelcomDigi Berhad(前身為「Digi.com Berhad」)是馬來西亞最大的移動網絡運營商,在其網絡中擁有超過2000萬用戶。成立於2022年12月1日,該公司旨在通過利用其最廣泛的網絡覆蓋、分銷觸點、革新的產品和數字化服務以及由4000多名領先的行業專家打造的客戶體驗,滿足其客戶越來越高的數字需求。該公司已經明確制定了推動國家發展、激勵馬來西亞人民,成為綜合可持續發展商業實踐的領導者的願景。欲了解更多關於CelcomDigi的信息,請訪問其網站。

Forum Kandungan dan Multimedia Malaysia (CMCF)

馬來西亞內容和多媒體論壇(CMCF)

CMCF ialah sebuah organisasi kawal selia kendiri dan forum industri berdaftar yang berdedikasi untuk memudahkan dan menyokong kawal selia kendiri kandungan di media rangkaian elektronik di Malaysia. Ia menetapkan piawaian kandungan dan amalan terbaik melalui Kod Kandungan dan memastikan pematuhan melalui Biro Aduan. CMCF mengekalkan hubungan kerja yang kukuh dengan pemain industri kandungan, termasuk platform media sosial, untuk menangani kandungan memudaratkan di atas talian dan juga untuk memastikan perlindungan kanak-kanak. CMCF percaya bahawa kerjasama dan pendekatan berbilang pihak berkepentingan adalah cara terbaik untuk memastikan industri kandungan yang selamat dan berkembang maju. Selain itu, ia menyokong dialog terbuka mengenai isu-isu ini, dan percaya bahawa perbincangan sedemikian adalah pemangkin untuk perubahan.

CMCF是一個獨立的自律監管機構和註冊產業論壇,致力於簡化和支持馬來西亞電子網絡媒體內容的自律監管。它通過內容規範和最佳實踐指南確保合規性,並通過投訴處理局確保符合規定。 CMCF與內容行業參與者,包括社交媒體平台,保持緊密合作,以處理在線有害內容並確保保護兒童。 CMCF相信,多方利益相關者的合作和協作是確保安全和可持續內容行業的最佳途徑。此外,它支持開放的對話以探討這些問題,並認爲這些討論是變革的催化劑。

声明:本內容僅用作提供資訊及教育之目的,不構成對任何特定投資或投資策略的推薦或認可。 更多信息
    搶先評論