share_log

Pentauliahan Pegawai Dan Anggota Perkhidmatan Bomba Dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) Baru Perkukuh Kesiapsiagaan Malaysia Airports

Pentauliahan Pegawai Dan Anggota Perkhidmatan Bomba Dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) Baru Perkukuh Kesiapsiagaan Malaysia Airports

加強馬來西亞機場對新空域救火員和救援服務(AFRS)的員工和成員的培訓與準備
馬來西亞機場 ·  09/20 00:00

SEPANG - Kesiapsiagaan rangkaian lapangan terbang di Malaysia dalam menghadapi bencana udara terus diperkukuh menerusi pentauliahan seramai 98 orang pelatih pegawai dan anggota baharu Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) Malaysia Airports di dalam satu Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas AFRS edisi ke-13 di Perkarangan Kawasan Airside,Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada hari ini.

big

Majlis pentauliahan melibatkan 10 orang pelatih kadet sebagai pegawai AFRS dan 88 orang pelatih rekrut sebagai anggota AFRS tersebut telah disempurnakan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Haji Hasbi Bin Haji Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia sebagai perasmi dan diiringi Tuan Muhammad Hidayat Ismail Pengurus Besar AFRS. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Yang Berbahagia Dato' Ts. Nor Hisham Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia selain pimpinan tertinggi Malaysia Airports, wakil-wakil jabatan kerajaan dan agensi, syarikat penerbangan serta ahli keluarga dan sanak saudara pelatih AFRS.

Penubuhan AFRS adalah bagi mematuhi keperluan Akta Penerbangan Awam 1969, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016, Civil Aviation Directive-14 Volume 1 selaras dengan Standard and Recommended Practices (SARPs) yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Ia menetapkan kewujudan mandatori sumber manusia dan memadam kebakaran di sesebuah kawasan aerodrom yang mengoperasikan pesawat penerbangan komersial.

Para pelatih AFRS telah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan kemahiran bertugas dalam bidang mengendalikan kecemasan menyelamat dan memadam kebakaran, malah turut diuji dari sudut daya ketahanan fizikal, sudut intelektual sepanjang tempoh latihan selama lebih 5 bulan setelah proses temuduga terbuka, saringan dan pemilihan dijalankan.

Selain daripada itu, para pelatih AFRS juga telah didedahkan kepada modul-modul seperti kawad kaki dan kebombaan, pembiasaan pesawat dan lapangan terbang, alat pernafasan, peralatan perlindungan diri, komunikasi kecemasan, memadam kebakaran pesawat dan bangunan, penyelamatan dan pengurusan mangsa, pengoperasian jentera bomba, keselamatan kebakaran bangunan, pengendalian bahan merbahaya (HAZMAT) serta beberapa lagi modul jangka pendek.

Selain daripada itu, majlis pentauliahan tersebut turut memberi anugerah penghargaan khas kepada pelatih AFRS yang terbaik dalam enam kategori seperti berikut:

1) Terbaik Keseluruhan (Kadet) - Muhammad Shakirin Bin Lias

2) Terbaik Keseluruhan (Rekrut) - Muhammad Izzhar Bin Amir

3) Terbaik Akademik - Awang Azimat Bin Awang Rahman

4) Terbaik Kemahiran Kebombaan - Brexleo Bivon

5) Terbaik Kecergasan - Muhammad Danish Aiman Bin Hafizul Shukri

6) Terbaik Kawad Kaki - Adam Samsula Bin Abdel Aziz

Pengambilan bakat-bakat baru oleh pihak AFRS juga akan diadakan secara berperingkat yang akan dijalankan meliputi tiga (3) wilayah iaitu di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bermula bulan November tahun ini.

声明:本內容僅用作提供資訊及教育之目的,不構成對任何特定投資或投資策略的推薦或認可。 更多信息
    搶先評論