share_log

Malaysia Airports Sumbang Dua Ekor Anjing Pengesan Kepada Perhilitan

マレーシア空港は、Perhilitanに2匹の犬検知器を寄付しました。

Malaysia Airports ·  06/14 00:00

SEPANG - Selaras dengan usaha Malaysia Airports untuk mempergiat kerjasama antara agensi-agensi lapangan terbang dalam usaha membendung kegiatan penyeludupan haiwan liar melalui jalan udara, Malaysia Airports telah menyumbang dua ekor anjing pengesan hidupan liar dari baka Belgian Malinois kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia.

Menurut Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports Sepang, Mohd Arif Jaafar walaupun urusan tangkapan dan penahanan penyeludupan hidupan liar adalah di bawah tanggungjawab penguatkuasa undang-undang, pihak pengendali lapangan terbang juga mengambil berat akan isu ini, "Kami sering mengadakan pertemuan berkala dengan agensi-agensi bagi tujuan menjalankan operasi bersama untuk meningkatkan pemeriksaan keselamatan dan bagasi ke atas penerbangan yang telah dikenalpasti. Terkini, kami mengambil inisiatif telah mengimport dua ekor anjing pengesan dari Police Dogs Centre Holland di Belanda untuk disumbangkan kepada PERHILITAN."

Kedua-dua ekor anjing ini yang masing-masing berumur 1 tahun 2 bulan, dan 1 tahun 5 bulan, yang bernama Van dan Perry ini telah menjalani latihan intensif oleh pelatih profesional untuk mengesan hidupan liar yang tersenarai di dalam Konvensyen Tentang Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES) seperti gading gajah, sumbu badak, sisik tenggiling, ular, dan kura-kura.

Penyerahan anjing pengesan tersebut telah disempurnakan pada petang tadi oleh Malaysia Airports diwakili oleh Mohd Arif Jaafar kepada Jabatan PERHILITAN yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) PERHILITAN, YBhg. Dato' Fakhrul Hatta Musa dan disaksikan oleh Dato' Anis Rizana Mohd Zainudin, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam sebuah majlis ringkas di mana sebuah demonstrasi kebolehan anjing pengesan tersebut turut dipersembahkan kepada para tetamu yang hadir.

Selain PERHILITAN, kerjasama Malaysia Airports turut melibatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakan pelbagai program kesedaran dan latihan untuk kakitangan bagi memastikan mereka memahami dan dapat mengesan sebarang tanda penyeludupan hidupan liar.

これらの内容は、情報提供及び投資家教育のためのものであり、いかなる個別株や投資方法を推奨するものではありません。 更に詳しい情報
    コメントする