share_log

TOP GLOVE CATAT UNTUNG BERSIH RM50.67 JUTA BAGI SUKU KETIGA

Top Glove ·  Jun 19 12:06

PETALING JAYA: Top Glove Corporation Bhd. (Top Glove) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM50.67 juta bagi suku ketiga tahu n kewangan berakhir 31 Mei 2024, berbanding kerugian bersih RM130.59 juta bagi suku sama tahu n sebelumnya.

Ini adalah untun g bersih suku tahuna n pertama syarikat pembua t sarung tangan terbesar itu sejak merekodkan rugi bersih pada suku keempa t tahu n kewangan 2022.

Menurut pemfailan di Bursa Malaysia, prestasi lebih baik setelah mengambil kira hasil daripada penjualan tanah berlebihan.

Suku yang memberangsangkan juga didorong terutamany a oleh permintaan sarung tangan yang lebih kuat berikutan pelanggan mengisi semul a inventori sarung tangan mereka selepas mengosongkan stok berlebihan.

Bagi suku yang sama, kumpulan mencatatkan pendapa - tan jualan sebanyak RM637 juta, peningkatan 16 peratus suku ke suku dan 20 peratus tahu n ke tahun.

Kerugian operasinya berkurangan kepada RM34 juta daripada kerugian RM59 juta pada suku kedua 2024, mewakili peningkatan 42 peratus.

Sementara itu, volum jualan yang telah meningkat sejak suku keempa t tahu n kewangan 2023 meneruska n aliran menaiknya , meningkat 13 peratus berbanding suku kedua 2024.

Utusan Malaysia

Link: https://www.utusan.com.my/ekonomi/2024/06/top-glove-catat-untung-bersih-rm50-67-juta-bagi-suku-ketiga/

Disclaimer: This content is for informational and educational purposes only and does not constitute a recommendation or endorsement of any specific investment or investment strategy. Read more
    Write a comment