share_log

Laporan Scam 2024: Rakyat Malaysia Masih Mudah Terperdaya Dengan Scam Walaupun Kesedarannya Tinggi

2024年のスキャム報告書:マレーシアの人々はスキャムにまだ簡単に引っかかっているが、認識度は高い

CelcomDigi ·  07/22 00:00

PETALING JAYA, 22 JULAI 2024 – Laporan National Scam Awareness Survey 2024 (Kaji Selidik Kesedaran Scam Kebangsaan 2024) yang disiarkan oleh CelcomDigi Berhad ("CelcomDigi") baru-baru ini mengenalpasti naratif yang menarik perhatian, menunjukkan rakyat masih mudah ditipu dan mencadangkan tindakan proaktif untuk memerangi aktiviti scam atau penipuan. Hasil kajian menunjukkan bahawa Malaysia semakin berkembang sebagai negara digital, dengan 91% responden sering melawat pusat internet komuniti untuk menggunakan pelbagai jenis perkhidmatan digital. Memandangkan penggunaan internet yang tinggi ini, rakyat Malaysia mudah terdedah kepada ancaman scam. Keadaan ini memerlukan tindakan- segera dalam mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan digital untuk mewujudkan masyarakat digital yang selamat dan boleh dipercayai.

Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Datuk Idham Nawawi berkata, "Hari ini, dalam kita menikmati manfaat kesalinghubungan digital, kita berhadapan dengan realiti di mana scam merupakan salah satu epidemik sosial yang amat membimbangkan kini. Laporan pertama National Scam Awareness Survey 2024 oleh CelcomDigi ini menyediakan data dan maklumat yang boleh membantu dalam mengambil tindakan yang lebih strategik dan bersasar untuk menangani aktiviti scam. Dengan panduan daripada laporan ini, kita dapat merapatkan jurang yang ada dalam menangani epidemik ini serta mengukuhkan keyakinan dan meningkatkan persekitaran digital yang lebih selamat untukrakyat Malaysia."

Antara 10,893 responden yang dikaji di seluruh negara, sebanyak 87% telah menjadi lebih peka kepada scam sejak setahun yang lalu, dan mereka boleh menjelaskan pengalaman mereka secara terperinci dan menyatakan jenis scam yang mereka hadapi. Responden juga menyedari bahawa pendedahan data peribadi boleh membahayakan diri mereka serta tindakan mengklik pautan yang tidak disahkan adalah berisiko. Laporan mendapati:

  • 73% responden peka kepada risiko perkongsian sosial dan pendedahan data peribadi;
  • 65% responden menunjukkan mereka akan mengesahkan mana-mana pautan yang diterima sebelum mengkliknya; manakala
  • 52% responden akan menapis data peribadi mereka sebelum melakukan sebarang perkongsian.

Ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden melakukan amalan asas untuk melindungi data peribadi mereka.

Walaubagaimanapun, dua pertiga (66%) daripada mereka pernah mengalami cubaan atau situasi scam. Cubaan scamini, yang berjumlah 17,912, menunjukkan bahawa seseorang individu boleh menghadapi lebih daripada satu jenisscam melalui pelbagai saluran. Scam yang paling banyak atau umum adalah panggilan telefon (76%), di mana scammer berpura-pura menjadi wakil atau pegawai dari bank, syarikat telekomunikasi atau jabatan kerajaan. Senario cubaan scam ini melibatkan individu palsu:

  • Bertanya responden tentang maklumat peribadi mereka (31%);
  • Menakut-nakutkan responden bahawa akaun bank mereka mempunyai masalah dan mengugut responden untuk membuat sejumlah pembayaran (23%);
  • Menawarkan bantuan kerajaan dan bertanya tentang maklumat peribadi atau perbankan (23%) mereka.

Laporan ini juga menunjukkan trend scammer menyasarkan mangsa yang berpendidikan dan pendapatan tinggi. Perbandingan merentasi pembolehubah demografi menunjukkan bahawa responden yang mempunyai tahap pendidikan lebih tinggi mengalami insiden cubaan scam yang lebih banyak daripada mereka yang hanya berpendidikan sekolah rendah atau menengah, dan mereka yang berpendapatan bulanan RM1,000 atau kurang.

Selain daripada kesedaran awam mengenai jenis dan taktik scam, kajiselidik ini juga menilai kesedaran rakyat Malaysia mengenai talian hotline 997 Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) bagi melaporkan scam. Didapati 64% daripada responden tidak tahu bahawa mereka boleh melaporkan scam melalui talian hotline NSRC. Selain itu, kesedaran adalah amat rendah dalam kalangan responden yang dilaporkan menghadapi masalah kewangan, di mana 67% responden yang menyatakan pendapatan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan mereka, juga tidak mempunyai pengetahuan tentang talian hotline NSRC sebagai mekanisme untuk melaporkan aktivitiscam.

Langkah penting bagi mangsa scam adalah mengambil tindakan pembetulan yang pantas. Walaubagaimanapun, laporan ini menunjukkan bahawa responden mungkin mempunyai daya bingkas yang rendah terhadap scam, terutamanya dari segi mengambiltindakan pencegahan dan pengurangan:

  • 52% responden menyekat nombor telefon scammer atau yang disuspek sebagai scammer;
  • 32% responden memberitahu keluarga atau rakan; manakala
  • 19% responden sama ada menutup akaun bank, menamatkan kad kredit atau tidak melakukan apa-apa.

Berikutan penemuan ini, laporan menunjukkan keperluan segera untuk pendekatan yang melibatkan seluruh masyarakat demimenangani epidemik sosial ini secara proaktif. Cadangannya termasuklah:

  • Di tahap kebangsaan – Meningkatkan kesedaran scam di pelbagai saluran, dan mengukuhkan peranan NSRC untuk meliputi perkhidmatan yang lebih meluas kepada orang awam bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada perkhidmatannya;
  • Bagi sektor swasta – Membangunkan infrastruktur yang lebih inovatif untuk melindungi kepentingan pelanggan di samping mewujudkan pengurusan risiko scam di dalam strategi perniagaan;
  • Kerjasama sektor awam dan swasta untuk mengambil pendekatan pelbagai kaedah demi mewujudkan ekosistem bagi tindakan yang lebih strategik dan menyeluruh.

Laporan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan CelcomDigi dalam menangani aktiviti scam. Ia boleh didapati DI SINI dan juga di platform media sosial untuk akses orang awam.

これらの内容は、情報提供及び投資家教育のためのものであり、いかなる個別株や投資方法を推奨するものではありません。 更に詳しい情報
    コメントする