share_log

CelcomDigi Memperkasa Penjawat Awam Menjadi Komuniti Advokasi Kesedaran Scam

CelcomDigi Memperkasa Penjawat Awam Menjadi Komuniti Advokasi Kesedaran Scam

CelcomDigi通過加強公務員成爲舞弊意識倡導社區
CelcomDigi ·  2024/11/18 13:00

PETALING JAYA, 18 NOVEMBER 2024 – Peningkatan kes scam, penipuan siber, buli siber, dan maklumat palsu dalam lanskap digital memerlukan pendekatan yang melibatkan seluruh masyarakat untuk melindungi komuniti dan membina daya bingkas dalam talian. Dalam usaha berterusan menangani wabak sosial scam ini, CelcomDigi Berhad ("CelcomDigi") telah melancarkan Bengkel Kesedaran Scam dan Keselamatan Dalam Talian yang disasarkan untuk memperkasa penjawat awam dan pemimpin komuniti menjadi advokat kesedaran scam dan keselamatan dalam talian.

雪州八打靈,2024年11月18日 – 由於網絡詐騙、網絡欺凌和虛假信息在數字環境中的增加,需要全社會的共同努力來保護社區並建立在線韌性。在持續努力應對這一社會瘟疫的過程中,CelcomDigi Berhad("CelcomDigi")推出了針對公務員和社區領導的詐騙意識與在線安全研討會,以提高他們成爲詐騙意識和在線安全的倡導者的能力。

Siri bengkel intensif ini menyasarkan kementerian-kementerian khusus yang berinteraksi secara langsung dengan pelbagai segmen masyarakat seperti Kementerian Komunikasi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan. CelcomDigi menjalankan siri bengkel ini dengan kerjasama pakar dari Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Yayasan Digital Malaysia, dan Meg Richy Psychotherapy Consultancy bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang penipuan dan memperkukuh usaha keselamatan dalam talian di seluruh komuniti.

這一系列的強化研討會針對直接與各社會群體互動的特定部門,例如通訊部、婦女、家庭與社會發展部以及教育部。CelcomDigi與來自馬來西亞網絡消費者協會、馬來西亞數字基金會和Meg Richy心理治療諮詢公司等專家合作開展這一系列研討會,旨在提高對欺詐的認識,並加強整個社區的在線安全工作。

Bengkel ini menawarkan pandangan mendalam mengenai trend penipuan terkini, taktik, dan modus operandi yang semakin berkembang, serta simulasi interaktif dan latihan praktikal. Para peserta juga akan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam mengenai aspek psikologi di sebalik scam, termasuk cara penipu mengeksploitasi kepercayaan, situasi terdesak, dan emosi untuk memperdaya mangsa serta langkah-langkah yang perlu diambil apabila berhadapan dengan scam. Dengan pemahaman ini, penjawat awam dapat mewujudkan program kesedaran dan advokasi keselamatan dalam talian yang lebih efektif.
Ketua Kelestarian CelcomDigi, Philip Ling berkata, "Usaha memperkasa penjawat awam untuk memahami dan mengenali taktik scam serta risiko digital adalah penting untuk menyebar dan memperluaskan pengetahuan keselamatan dalam talian secara meluas. Penjawat awam dari kementerian-kementerian ini mampu mewujudkan program kesedaran yang bersasar, mendidik, dan menghasilkan kesan berganda kepada kumpulan masyarakat yang mereka sering berinteraksi seperti golongan pekerja, warga emas, komuniti berpendapatan rendah, dan juga pelajar."
"Kita memerlukan peringatan yang berterusan tentang pelbagai ancaman dalam talian, terutamanya berkenaan scam kerana walaupun terdapat kesedaran adalah tinggi, masih terdapat jurang dalam pemahaman rakyat tentang cara mengambil tindakan pencegahan. Laporan Kaji Selidik Kesedaran Scam Kebangsaan 2024 kami baru-baru ini mendedahkan bahawa walaupun 85% rakyat Malaysia sedar tentang scam dalam talian, hampir 60% pernah mengalami atau mengenali seseorang yang mengalami scam. Jadi, melalui bengkel intensif ini, kami bukan sahaja mendidik tetapi juga membina suara kolektif dalam kalangan barisan hadapan untuk menentang scam dan bahaya dalam talian. Kami percaya para penjawat awam ini boleh menjadi komuniti advokasi yang dinamik untuk mendorong perubahan positif dalam usaha memerangi scam dan membina masyarakat digital yang dipercayai."
Sebagai komitmen syarikatnya untuk membina masyarakat digital yang inklusif, mampan, dan dipercayai, CelcomDigi baru-baru ini telah melatih lebih 30 pencipta kandungan, pempengaruh media sosial, dan penyampai radio untuk memperluaskan kesedaran keselamatan dalam talian dan scam melalui platform masing-masing yang mempunyai jangkauan yang luas. CelcomDigi telah melancarkan pelbagai kempen anti-scam dengan kerjasama agensi penguatkuasa, agensi kerajaan, dan NGO termasuk jerayawara kesedaran peringkat kebangsaan di seluruh negara serta menerbitkan risalah-risalah dalam bentuk infografik yang mudah difahami dan buku panduan yang boleh dimuat turun.
Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai tip keselamatan internet dan risalah yang boleh dimuat turun, lawati portal Safe Internet CelcomDigi.

研討會提供了對最新欺詐趨勢、戰術和不斷髮展的作案手法的深入見解,並進行了互動模擬和實踐培訓。參與者還將深入了解在詐騙背後的心理因素,包括騙子如何利用信任、絕望和情感來欺騙受害者,以及在面臨詐騙時應採取的步驟。通過這種理解,公務員能夠創建更有效的在線安全意識和倡導計劃。
CelcomDigi的可持續發展負責人Philip Ling表示,"增強公務員理解和識別欺詐戰術及數字風險的能力對於廣泛傳播和擴大在線安全知識至關重要。這些部門的公務員能夠創建有針對性的意識計劃,爲他們經常互動的社會群體,如工人、老年人、低收入社區和學生,提供教育和產生廣泛影響。"
「我們需要不斷提醒人們關於各種在線威脅,尤其是詐騙的情況,因爲儘管人們的意識很高,但還是存在對採取預防措施的理解差距。我們最近發佈的2024年全國詐騙意識調查報告顯示,儘管85%的馬來西亞人意識到在線詐騙,幾乎60%的人曾經歷過或認識遭遇詐騙的人。因此,通過此次密集研討會,我們不僅在教育,還在建立前線抗擊詐騙和在線危險的集體聲音。我們相信,這些公務員可以成爲一個充滿活力的倡導社區,推動在打擊詐騙和建立值得信賴的數字社會方面的積極變化。」
「作爲公司致力於建立包容性、可持續和可信賴數字社會的承諾,CelcomDigi最近培訓了超過30名內容創作者、社交媒體影響者和電臺主持人,通過各自廣泛覆蓋的平台提升在線安全和詐騙意識。CelcomDigi與執法機構、政府機構和非政府組織合作,推出了多項反詐騙運動,包括在全國範圍內的意識宣傳活動,以及發佈易於理解的圖表形式的宣傳冊和可下載的指南。」
「如需了解更多互聯網安全提示和可下載的宣傳冊,請訪問CelcomDigi的安全互聯網門戶網站。」

声明:本內容僅用作提供資訊及教育之目的,不構成對任何特定投資或投資策略的推薦或認可。 更多信息
    搶先評論